Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Waran boleh diterima walaupun cacat
Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam waran geledah itu atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.