Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
Perolehan Kerajaan 53
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan
Kerajaan yang sedang disiasat yang disita di bawah Akta ini, rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu hendaklah dikira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis kepada alamat terakhir orang yang daripadanya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu yang telah disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 882
benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan, boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu dipegang bahawa dia menuntut rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang akan dilucuthakkan itu.
(5)
Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai diberi kuasa itu hendaklah merujuk tuntutan itu kepada seorang Majistret bagi keputusannya.
(6)
Seorang Majistret yang kepadanya perkara itu dirujuk di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang hendak dilucuthakkan itu dan orang yang daripadanya benda yang hendak dilucuthakkan itu disita supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau gagal untuk hadir, selepas dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
(7)
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda
Perolehan Kerajaan 55
yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tidak dibuktikan sedemikian, memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.
(8)
Apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang dilucuthakkan atau disifatkan telah dilucuthakkan hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang pegawai diberi kuasa fikirkan patut.
Hak harta mengenai benda yang dilucuthakkan