Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Akta 882
(2)
Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu atau tidak.
(4)
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan itu dibuat olehnya; dan
(b)
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat olehnya.
Perolehan Kerajaan 57
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan