Malaysia legislation

Section 59

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 59

Mana-mana orang yang—

(a)

mengamang, melengahkan, merintangi, menghalang atau menggalang seseorang pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai diberi kuasa itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

(b)

memecahkan apa-apa lak yang telah dipasang oleh seseorang pegawai diberi kuasa di mana-mana premis atau tempat;

(c)

tidak mematuhi apa-apa tuntutan sah oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini;

(d)

tidak, enggan atau abai untuk memberi apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang dikehendaki dengan munasabahnya oleh seseorang pegawai diberi kuasa;

(e)

tanpa alasan yang munasabah tidak menunjukkan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau

Perolehan Kerajaan 59

(f)

memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai respons kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan.

Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan dan pengubahan rekod