Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(2)
Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melantik anggota Tribunal Rayuan seperti yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada dua Timbalan
Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan pegawai
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dengan tidak kurang daripada sepuluh tahun pengalaman; dan
(b)
tidak kurang daripada lima anggota dalam kalangan orang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengalaman yang terbukti dan pengetahuan yang diiktiraf dalam—
(i)
undang-undang;
(ii)
kewangan atau perolehan;
(iii)
kejuruteraan;
(iv)
ekonomi atau perdagangan; atau
(v)
pentadbiran awam.
(3)
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), bagi maksud perenggan (b), tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Tribunal
Rayuan jika—
(a)
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang, oleh suatu mahkamah di Malaysia;
(b)
dia merupakan salah seorang dalam dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya
Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010;
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 882
(c)
dia seorang bankrap atau tidak solven;
(d)
selain daripada pegawai awam Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan yang dilantik di bawah perenggan 63(2)(a), dia merupakan seorang pegawai awam atau anggota pentadbiran;
(e)
dia merupakan seorang anggota Dewan Negara atau Dewan
Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan; atau
(f)
dia merupakan orang berdaftar atau mempunyai kepentingan dalam mana-mana orang berdaftar.
(4)
Seseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatannya, tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada dua tempoh berturut-turut.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“kepentingan” termasuklah apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan sendirinya, anggota keluarganya atau sekutunya, dan mana-mana pemunya benefisialnya;
(b)
“anggota keluarganya” dan “sekutu” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam perenggan 37(6)(a) dan 37(6)(b)
masing-masing.
Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan