Malaysia legislation

Section 64

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 64

(2)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Tribunal Rayuan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta jika—

(a)

dia meletakkan jawatannya;

(b)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, oleh suatu mahkamah di Malaysia;

Perolehan Kerajaan 63

(c)

dia merupakan salah seorang dalam dapatan pelanggaran suatu larangan yang telah ditentukan oleh Suruhanjaya

Persaingan di bawah Akta Persaingan 2010;

(d)

kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal Rayuan atau selainnya, telah mencemarkan nama baik Tribunal Rayuan;

(e)

dia menjadi bankrap atau insolven;

(f)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(g)

dia menjadi seorang anggota Dewan Negara atau

Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;

(h)

dalam hal suatu pelantikan di bawah perenggan 63(2)(b), dia menjadi seorang pegawai awam atau anggota pentadbiran;

(i)

dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan kewajipannya;

(j)

prestasinya adalah tidak memuaskan bagi suatu tempoh masa yang ketara; atau

(k)

dia tidak menjalankan obligasinya di bawah seksyen 73.

Pengosongan jawatan