Malaysia legislation
Section 67
Seksyen 67
(2)
Tribunal Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara—
(a)
yang berhubungan dengan pelanggaran Akta ini;
(b)
yang berhubungan dengan penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Bahagian VIII;
(c)
yang berhubungan dengan apa-apa keputusan yang dibuat berhubung dengan penyelesaian pertikaian bagi kontrak perolehan Kerajaan di bawah Akta ini;
(d)
yang berbangkit selepas suatu surat setuju terima dikeluarkan oleh suatu entiti perolehan kepada orang berdaftar dan surat setuju terima itu telah ditandatangani oleh pihak-pihak;
(e)
yang berhubungan dengan apa-apa rahsia perdagangan atau hak harta intelek;
(f)
jika suatu tribunal telah ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang bertulis untuk mendengar dan menentukan sesuatu tuntutan; dan
(g)
yang berhubungan dengan apa-apa bantahan yang masih belum diputuskan oleh suatu panel kajian semula.
Rayuan kepada Tribunal Rayuan