Malaysia legislation

Section 69

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 69

(a)

tatacara yang membawa kepada award kontrak perolehan

Kerajaan yang menjadi hal perkara rayuan itu; atau

(a)

pelaksanaan mana-mana keputusan yang dibuat sewaktu menjalankan tatacara yang disebut dalam perenggan (a).

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh hari daripada pemfailan notis rayuan dan disokong dengan afidavit yang menyatakan alasan munasabah bagi perintah itu.

(3)

Perayu hendaklah memberikan sesalinan permohonan di bawah subseksyen (1) bersama-sama afidavit sokongan kepada entiti perolehan tanpa kelengahan yang tidak perlu.

(4)

Entiti perolehan boleh memfailkan afidavit kepada Tribunal

Rayuan dengan menyatakan sebab untuk tidak membuat perintah untuk menggantung suatu perolehan Kerajaan, termasuk alasan kepentingan awam dengan disokong oleh Sijil Perolehan Demi

Kepentingan Awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 32.

(5)

Tribunal Rayuan, selepas menimbangkan afidavit perayu dan entiti perolehan, boleh menolak permintaan perayu atau membuat suatu perintah untuk menggantung perolehan Kerajaan itu, sama ada tanpa syarat atau mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Tribunal Rayuan.

Perolehan Kerajaan 67

(6)

Tribunal Rayuan hendaklah tidak membuat suatu perintah di bawah seksyen ini jika—

(a)

penggantungan itu adalah bertentangan dengan kepentingan awam; atau

(b)

kontrak yang disebut di bawah perenggan (1)(a) telah diawardkan pada tarikh pendengaran permohonan bagi perintah itu.

(7)

Jika Tribunal Rayuan menolak untuk membuat suatu perintah di bawah seksyen ini, Tribunal Rayuan hendaklah memberi alasan penolakannya secara bertulis.

Penyingkiran bidang kuasa mahkamah