Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 6

(2)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh mewakilkan mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsinya di bawah Akta ini, selain kuasa di bawah seksyen 14, 26 dan 45, kepada mana-mana pegawai di bawah bidang kuasanya tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, dan hendaklah memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang sepatutnya.

(3)

Apa-apa pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Ketua Setiausaha Perbendaharaan sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan.

(4)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan usaha wajar dan mengadakan proses dan tatacara secukupnya bagi mengelakkan percanggahan kepentingan semasa menjalankan kuasanya, menunaikan kewajipannya dan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan mengikut apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(5)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan patut bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri mengikut Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 882

Kewajipan dan kuasa pegawai pengawal