Malaysia legislation

Section 80

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 80

(2)

Keputusan Tribunal Rayuan mengenai apa-apa perkara hendaklah diputuskan mengikut majoriti anggota Tribunal Rayuan.

(3)

Tribunal Rayuan hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk mengesahkan keputusan panel kajian semula;

(b)

untuk mengubah keputusan panel kajian semula; atau

(c)

untuk mengetepikan keputusan panel kajian semula dan membuat suatu keputusan baharu.

(4)

Tribunal Rayuan hendaklah memberikan alasan bagi keputusannya dalam mana-mana rayuan yang didengar di hadapannya.

Perolehan Kerajaan 73

(5)

Jika Tribunal Rayuan membuat suatu keputusan di bawah perenggan (3)(c), Tribunal Rayuan boleh membuat perintah yang berikut:

(a)

dalam hal jika suatu perolehan Kerajaan digantung mengikut seksyen 69, memerintahkan apa-apa keputusan atau tindakan yang diambil oleh entiti perolehan yang berkenaan berhubung dengan perolehan Kerajaan yang menjadi hal yang dicabar untuk diketepikan dan memerintahkan entiti perolehan untuk membuat satu atau lebih keputusan atau tindakan, mengikut peruntukan yang berkaitan di bawah Akta ini, sebagai ganti kepada apa yang telah diketepikan;

(b)

dalam hal jika suatu perolehan Kerajaan tidak digantung dan surat setuju terima belum ditandatangani oleh pihak-pihak, memerintahkan entiti perolehan untuk meremedi situasi itu dan meletakkan perayu atau proses perolehan Kerajaan itu atau kedua-duanya dalam keadaan sebelum hal perkara rayuan itu dikemukakan kepada

Tribunal Rayuan; dan

(c)

dalam hal jika suatu perolehan Kerajaan tidak digantung dan surat setuju terima telah ditandatangani oleh pihak-pihak, memerintahkan entiti perolehan untuk membayar kepada perayu kos penyertaan dalam kelayakan pembekal dan kontraktor, atau kos penyediaan tender, yang telah ditanggung oleh perayu secara munasabah bagi maksud perolehan Kerajaan itu.

(6)

Tribunal Rayuan boleh, sebagai tambahan kepada suatu perintah yang dibuat di bawah perenggan (5)(a) atau (5)(b), memerintahkan entiti perolehan itu untuk membayar kepada perayu kos penyertaan dalam kelayakan pembekal dan kontraktor, atau kos penyediaan tender, yang telah ditanggung oleh perayu secara munasabah bagi maksud perolehan Kerajaan itu.

(7)

Suatu keputusan Tribunal Rayuan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu.

(8)

Keputusan Tribunal Rayuan hendaklah secara bertulis dan disiarkan dalam bentuk dan cara yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 74

Akta 882

Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan

Section 80 — GOVERNMENT PROCUREMENT ACT 2026 | mylaw.my