Malaysia legislation

Section 85

of AKTA PEROLEHAN KERAJAAN 2026

Seksyen 85

(2)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan suatu penalti pentadbiran terhadap mana-mana orang, menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab, dalam masa empat belas hari daripada tarikh notis bertulis itu, mengapa penalti pentadbiran itu tidak patut dikenakan ke atasnya.

(3)

Jika Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebagai jawapan kepada notis bertulis yang disampaikan di bawah subseksyen (2)

atau jika notis bertulis itu tidak diberikan jawapan dalam masa empat belas hari, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran—

(a)

dalam suatu amaun yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit; atau

(b)

dalam suatu amaun yang tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari ketidakpatuhan itu dan amaun itu tidak boleh secara keseluruhannya melebihi lima puluh ribu ringgit.

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Setiausaha

Perbendaharaan, Pendaftar atau pihak berkuasa kewangan Negeri di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(5)

Apa-apa amaun yang kena dibayar di bawah seksyen ini hendaklah didapatkan semula sebagai suatu hutang sivil kepada

Kerajaan.

Perolehan Kerajaan 77

Pendakwaan