Malaysia legislation
Section 87
Seksyen 87
Pengkompaunan kesalahan
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan boleh, dengan keizinan secara bertulis oleh Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum sesuatu pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Perbendaharaan suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dihukum jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa rekod, buku, akaun,
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 882
dokumen, data berkomputer atau benda lain atau apa-apa bahan atau benda yang merupakan hal perkara perolehan Kerajaan yang sedang disiasat yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan atau dilepaskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Penalti am