Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(a)
dalam hal pelantikan di bawah seksyen 15a Akta Tatacara
Kewangan 1957, boleh menamai apa-apa bilangan pegawai awam; atau
(b)
dalam hal pelantikan di bawah subseksyen 9(1), boleh melantik apa-apa bilangan orang, sebagai pegawai perolehan bagi maksud Akta ini.
(2)
Pegawai pengawal boleh menyatakan takat kewajipan dan kuasa yang diberikan atau dikenakan kepadanya di bawah Akta ini yang boleh dijalankan atau dilaksanakan bagi pihaknya oleh mana-mana pegawai perolehan yang dinamai atau dilantik itu dan memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang perlu untuk memastikan penjalanan atau pelaksanaan kewajipan dan kuasa tersebut dengan sepatutnya.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 882
(3)
Pegawai perolehan hendaklah, setakat pemberikuasaan atau pelantikan yang diberikan kepadanya oleh pegawai pengawal mengikut subseksyen (2), mentadbir, menjalankan atau melaksanakan tiap-tiap perolehan Kerajaan mengikut Akta ini dan apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2), pegawai pengawal hendaklah kekal bertanggungjawab bagi penjalanan atau pelaksanaan kewajipan dan kuasa itu oleh pegawai perolehan yang diberi kuasa atau dilantik.
(5)
Mana-mana pegawai perolehan yang tidak mematuhi subseksyen (3) hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan yang berbangkit daripada kegagalannya.
Pentadbiran perolehan Kerajaan oleh entiti perolehan selain
Kementerian atau kementerian atau jabatan sesuatu Negeri