/akn/my/act/act/1951/369
*AKTA HARI KELEPASAN 1951
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1951
- Sections
- 11
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA HARI KELEPASAN 1951 is Malaysia Act, cited as Act 369 1951, currently marked in force and first recorded in 1951.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai hari kelepasan am dan hari kelepasan bank. [31 Disember 1951] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“hari kelepasan mingguan” ertinya hari Ahad atau, di Negeri-Negeri di mana hari Jumaat diterima sebagai hari kelepasan mingguan, hari
Jumaat;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hari kelepasan am dan hari kelepasan bank.
“Semenanjung Malaysia” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 369
Seksyen 3
Hari kelepasan am
Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Pertama hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, menjadi hari kelepasan am:
(b)
Menteri dalam hal Wilayah Persekutuan,
Melalui pemberitahuan dalam Warta memperuntukkan selainnya, jika mana-mana hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari kelepasan mingguan dalam mana-mana
Negeri atau dalam
Wilayah
Persekutuan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am dan jika hari tersebut adalah sememangnya hari kelepasan am, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
Pengecualian daripada hari kelepasan am
Seksyen 4
Dengan syarat bahawa, kecuali dan melainkan jika―
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dan pegawai dan pekerja pejabat atau Jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepsan am seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am menurut kuasa Akta ini.
Hari Kelepasan 7
Hari kelepasan bank
*5. Beberapa hari yang disebut dalam Jadual Kedua hendaklah diterima sebagai hari kelepasan tutup bagi semua bank di
Semenanjung Malaysia dan kemudian daripada ini disebut sebagai hari kelepasan bank.
Pengecualian daripada hari kelepasan bank
Seksyen 6
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengecualikan keseluruhan atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana bank, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan-peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan bank tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan pada mana-mana hari kelepasan bank seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan bank menurut kuasa Akta ini.
Seksyen 7
Pembayaran, dsb. pada hari kelepasan am atau hari kelepasan bank
(2)
Tiada seorang pun boleh pada hari kelepasan bank dipaksa membuat apa-apa pembayaran di dalam atau disesuatu bank atau melakukan di dalam atau di sesuatu bank apa-apa perbuatan yang memerlukan perkhidmatan bank.
*CATATAN―Semua bank di Semenanjung Malaysia tidak termasuk dalam kuat kuasa seksyen 5 dan
Jadual
Jadual Kedua, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]–lihat P.U.P. 346/1963.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 369
(3)
Obligasi untuk membuat pembayaran sedemikian atau untuk melakukan perbuatan tersebut hendaklah terpakai bagi hari yang berikutan hari kelepasan am atau hari kelepasan bank tersebut yang bukannya hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am atau hari kelepasan bank.
(4)
Pembayaran yang dibuat dan perbuatan yang dilakukan pada hari berikutnya itu adalah sama dengan pembayaran wang atau pelaksanaan perbuatan itu pada hari kelepasan tersebut.
Menteri boleh menetapkan hari khas untuk diterima sebagai hari kelepasan bank atau hari kelepasan am
8. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan, berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan atau, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan sesuatu Negeri, suatu hari untuk diterima sebagai hari kelepasan am atau hari kelepasan bank sebagai tambahan kepada, atau untuk menggantikan, mana-mana hari yang disebut dalam Jadual dan sesudah itu Akta ini hendaklah, dalam Semenanjung Malaysia, atau Wilayah Persekutuan, atau dalam Negeri, yang berkenaan dengannya suatu hari telah ditetapkan untuk diterima sebagai hari kelepasan seperti yang disebut terdahulu, terpakai bagi hari itu dengan cara yang sama seolah-olah hari tersebut telah disebut dalam
Jadual
Jadual Pertama atau Jadual Kedua mengikut mana-mana yang berkenaan.
Hari kelepasan am Negeri dan Wilayah Persekutuan
9. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan suatu hari untuk dijadikan sebagai hari kelepasan am Negeri dalam mana-mana Negeri itu, dan hari tersebut hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, diterima sebagai hari kelepasan am dalam Negeri tersebut.
Hari Kelepasan 9
(2)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan suatu hari untuk dijadikan sebagai hari kelepasan am
Wilayah Persekutuan dalam Wilayah Persekutuan, dan hari tersebut hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, diterima sebagai hari kelepasan am dalam Wilayah
Persekutuan.
(3)
Seksyen 7 hendaklah terpakai—
bagi Negeri itu berkenaan dengan hari kelepasan am
Negeri tersebut; dan
bagi Wilayah Persekutuan berkenaan dengan hari kelepasan am Wilayah Persekutuan tersebut, sebagaimana yang ianya terpakai bagi Semenanjung Malaysia berkenaan dengan hari kelepasan am yang ditetapkan di bawah seksyen 3.
(4)
Dalam seksyen ini sebutan mengenai sesuatu Negeri atau
Wilayah Persekutuan hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana pecah bahagian yang diiktiraf bagi sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan.
Pengecualian daripada hari kelepasan am Negeri dan Wilayah
Persekutuan
10. Pihak Berkuasa Negeri boleh berkenaan dengan mana-mana hari kelepasan am Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen 9, dan
Menteri boleh berkenaan dengan mana-mana hari kelepasan am
Wilayah Persekutuan yang diisytiharkan di bawah seksyen 9, membuat peraturan mengecualikan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada kuat kuasa Akta ini mana-mana pejabat awam atau mana-mana jabatannya dalam Negeri tersebut atau
Wilayah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan pegawai dan pekerja pejabat atau jabatan tersebut, dan sesudah itu, tertakluk kepada apa-apa batasan sebagaimana yang dikenakan oleh peraturan itu, segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 369
pejabat awam atau jabatan tersebut boleh dilakukan dan dilaksanakan dalam Negeri tersebut atau Wilayah Persekutuan pada mana-mana hari kelepasan Negeri atau mana-mana hari kelepasan Wilayah
Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah hari tersebut tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am Negeri atau hari kelepasan am Wilayah Persekutuan menurut kuasa Akta ini.
Kuasa untuk menutup mahkamah, pejabat awam, dsb.
10A. (1) Bagi maksud memudahkan mengadakan apa-apa pilihan raya di bawah Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, berkenaan dengan mana-mana Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, atau berkenaan dengan
Wilayah
Persekutuan, mengarahkan penutupan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan sebagaimana yang difikirkannya patut pada mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah itu, dan sesudah itu perintah tersebut hendaklah berkuat kuasa dalam mana-mana Negeri atau Wilayah
Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Bagi maksud memudahkan mengadakan apa-apa pilihan raya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pemilihan orang untuk menjadi ahli-ahli Dewan Undangan,
Pihak Berkuasa Negeri selepas berunding dengan Menteri, boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta atau dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut, mengarahkan penutupan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan sebagaimana yang difikirkannya patut pada mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah itu dan sesudah itu perintah tersebut hendaklah berkuat kuasa dalam Negeri itu.
(3)
Seksyen 7 hendaklah terpakai berkenaan dengan segala perbuatan dan perkara yang berhubungan dengan mana-mana mahkamah, pejabat awam atau jabatan yang ditutup mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen in seolah-olah mana-mana hari yang dinyatakan dalam perintah tersebut adalah hari kelepasan am yang ditetapkan di bawah seksyen 3.
Hari Kelepasan 11
(4)
Dalam seksyen ini sebutan mengenai sesuatu Negeri atau
Wilayah Persekutuan hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana pecah bahagian yang diiktiraf bagi sesuatu Negeri atau Wilayah
Persekutuan.
____________________________
Jadual
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 3]
HARI KELEPASAN AM
Hari Keputeraan Nabi Muhammad (s.a.w.).
Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan.
Tahun Baru Cina (satu hari bagi Negeri Kelantan dan Terengganu, dua hari
Negeri-Negeri lain).
Hari Wesak.
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.
Hari Raya Puasa (2 hari).
Hari Raya Haji (dua hari bagi Negeri Kelantan dan Terengganu, satu hari bagi
Negeri-Negeri lain).
Hari Deepavali.
Hari Krismas.
Hari Malaysia.
________________
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 369
Jadual
JADUAL KEDUA
[Seksyen 5]
HARI KELEPASAN BANK
1 Januari (atau hari berikutnya jika 1 Januari jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan).
1 Julai (atau hari berikutnya jika 1 Julai jatuh pada hari kelepasan mingguan bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan).
13
Akta 369
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
L.N. 124/1952
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 20-03-1952
Ordinan Hari Kelepasan 1951
L.N. 335/1952
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 18-06-1952
Ordinan Hari Kelepasan 1951
F.M. Ord. 18/1955
Ordinan Hari Kelepasan (Pindaan)
20-04-1955 1955
F.M. Ord. 60/1956
Ordinan Majlis Yang Dilantik bagi 01-09-1956
Negeri-Negeri Selat (Pertukaran
Gelaran) 1956
L.N. (N.S.) 53/1957
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 31-10-1957
Ordinan Hari Kelepasan 1951
L.N. 332/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan-Ordinan dan Proklamasi)
1958
L.N. 135/1960
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 23-06-1960
Ordinan Hari Kelepasan 1951
Perintah Wilayah Persekutuan
01-02-1974
(Pengubahsuaian Ordinan Hari
Kelepasan) 1974
P.U. (A) 511/2005
Perintah Wilayah Persekutuan
01-01-2006
Labuan (Peluasan dan Ubah Suaian
Akta Hari Kelepasan) 2005
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 369
Undang-Undang Tajuk ringkas Berkuatkuasa yang meminda dari
P.U. (B) 491/2009
Pemberitahuan di bawah seksyen 8
dari tahun 2010
Akta Hari Kelepasan 1951
P.U. (B) 556/2010
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 31-01-2012
Akta Hari Kelepasan 1951
P.U. (B) 261/2011
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 19-05-2011
Akta Hari Kelepasan 1951
P.U. (B) 70/2012
Pemberitahuan di bawah seksyen 8 14-03-2012
Akta Hari Kelepasan 1951
______________
15
Akta 369
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa
2
Ord. 18/1955
20-04-1955
3
01-02-1974
8
01-02-1974
9
01-02-1974
10
01-02-1974
10A
Ord. 18/1955
20-04-1955
01-02-1974
Jadual
Jadual Pertama
L.N. 124/1952
20-03-1952
L.N. 335/1952
18-06-1952
L.N. (N.S.) 53/1957
31-10-1957
P.U. (B) 491/2009
01-01-2010
Keseluruhan
Ord. 60/1956
01-09-1956
Akta
L.N. 332/1958
13-11-1958
Common questions
- What is HOLIDAYS ACT 1951?
- *AKTA HARI KELEPASAN 1951 is Malaysia Act, cited as Act 369 1951, currently marked in force and first recorded in 1951.
- Is HOLIDAYS ACT 1951 still in force?
- Yes — HOLIDAYS ACT 1951 is currently in force.
- When did HOLIDAYS ACT 1951 take effect?
- HOLIDAYS ACT 1951 was first recorded in 1951.
- How many sections does HOLIDAYS ACT 1951 have?
- HOLIDAYS ACT 1951 contains 6 sections.
- Where can I read the official version of HOLIDAYS ACT 1951?
- The official text of HOLIDAYS ACT 1951 is published at lom.agc.gov.my.