Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 26

Seseorang yang—

(a)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengah-lengahkan Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang melaksanakan kewajipannya menurut undang-undang di bawah Akta ini;

(b)

tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah yang dibuat secara wajar kepadanya oleh seseorang pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini;

(c)

enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini;

(d)

tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;

(e)

memberikan maklumat yang palsu, tidak benar atau yang mengelirukan kepada seseorang pegawai diberi kuasa; atau

(f)

tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seseorang pegawai diberi kuasa apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang berhubungan dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh disita di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Section 26 — HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003