Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 22

(a)

faedah perubatan;

(b)

faedah hilang upaya kekal;

(c)

elaun layanan sentiasa;

26

Undang-Undang Malaysia

(d)

pencen penakat;

(e)

faedah pengurusan mayat.

(2)

Tertakluk pada Akta ini, suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhak kepada faedah keilatan seperti yang berikut:

(a)

elaun keuzuran;

(b)

elaun layanan sentiasa;

(c)

pencen penakat;

(d)

faedah pengurusan mayat.

(3)

Sekiranya suri rumah berinsurans mengalami kegagalan ginjal tahap akhir, Pertubuhan boleh memberikan bantuan kewangan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.

(4)

Seseorang orang tanggungan tidak berhak kepada apa-apa faedah di bawah Akta ini jika Pertubuhan mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa suri rumah berinsurans mati akibat keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh orang tanggungan itu atau apa-apa perbuatan atau peninggalan dengan niat oleh atau bagi pihak orang tanggungan itu, dan hak orang tanggungan itu tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana orang tanggungan lain.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), “keganasan rumah tangga” ertinya perlakuan satu atau lebih perbuatan yang berikut:

(a)

menyebabkan kecederaan fizikal kepada suri rumah berinsurans dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

(b)

memaksa suri rumah berinsurans dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau

Keselamatan Sosial Suri Rumah 27

perbuatan, berbentuk seksual ataupun selainnya, yang suri rumah berinsurans itu berhak tidak melakukan;

(c)

mengurung atau menahan suri rumah berinsurans tanpa kerelaan suri rumah berinsurans itu;

(d)

menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada suri rumah berinsurans itu;

(e)

menyebabkan suri rumah berinsurans mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan suri rumah berinsurans itu atau jika kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Faedah perubatan