Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 41

Penerima faedah untuk mematuhi syarat

(a)

hendaklah sentiasa berada di bawah rawatan perubatan di suatu hospital, dispensari, klinik atau institusi lain yang diperuntukkan di bawah

Akta ini dan hendaklah menjalankan arahan yang diberikan oleh pegawai perubatan atau atendan perubatan yang menjaga rawatan perubatannya;

(b)

tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan peluangnya untuk sembuh semasa berada di bawah rawatan atau pemulihan jasmani;

(c)

tidak boleh meninggalkan kawasan yang rawatan perubatan diperuntukkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran pengamal perubatan sebagaimana yang ditetapkan; dan

(d)

hendaklah membenarkan dirinya diperiksa oleh mana-mana pegawai perubatan yang dilantik dengan sewajarnya atau orang lain yang diberi kuasa oleh Pertubuhan bagi maksud ini.

(2)

Suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah hendaklah hadir di saringan kesihatan atau program kesihatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pertubuhan yang diberikan oleh

Pertubuhan tanpa kos.

38

Undang-Undang Malaysia

(3)

Apa-apa faedah boleh digantung, jika suri rumah berinsurans yang menuntut atau sedang menerima faedah itu tidak mematuhi apa-apa kehendak subseksyen (1) atau (2), dan penggantungan itu hendaklah bagi apa-apa bilangan hari sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

Kewajipan melapor perubahan keadaan, dsb.

Section 41 — HOUSEWIVES' SOCIAL SECURITY ACT 2022 | mylaw.my