Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Suruhanjaya tidaklah boleh menerima apa-apa dana asing.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menerima dana tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya bagi maksud memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
(4)
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun beraudit yang sepatutnya mengenai pendapatan dan perbelanjaannya, dan aset dan liabilitinya disimpan.
(5)
Tahun kewangan Suruhanjaya ialah tahun kalendar.
(6)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah, yang dibawa oleh atau terhadap Suruhanjaya di hadapan mana-mana mahkamah hendaklah dibayar daripada dana Suruhanjaya dan apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh, Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah, hendaklah dikreditkan ke dalam dana Suruhanjaya.
(7)
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya, dalam mana-mana tindakan atau providing sivil, yang dibawa terhadapnya dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah Akta ini atau atas arahan Suruhanjaya hendaklah dibayar daripada dana Suruhanjaya, melainkan jika perbelanjaan itu didapatkan olehnya dalam tindakan atau prosiding sivil itu.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
Pemakaian Akta 240