Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Menteri boleh mengarahkan supaya siasatan dibuat oleh orang yang dilantiknya mengenai sebab sesuatu kemalangan yang mana notis dikehendaki oleh Akta ini supaya diberi kepada Menteri, dan jika didapati oleh Menteri sama ada sebelum atau selepas bermulanya apa-apa siasatan sedemikian, bahawa suatu penyiasatan lebih rasmi tentang kemalangan dan sebab-sebab dan hal-keadaan kemalangan itu, adalah bermanfaat, dia boleh dengan perintah, mengarahkan supaya suatu penyiasatan rasmi diadakan, dan berkenaan dengan siasatan-siasatan dan penyiasatan-penyiasatan yang dibuat atau diadakan di bawah Akta ini peruntukan-peruntukan berikut hendaklah berkuatkuasa:
(a)
Menteri boleh, dengan perintah yang sama atau mana-mana perintah selanjutnya, melantik seorang atau beberapa orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang atau khas untuk membantu dalam menjalankan sesuatu penyiasatan rasmi, atau boleh mengarahkan Majistret atau orang atau orang-orang lain yang dinamakan dalam perintah itu supaya menjalankan sesuatu penyiasatan sedemikian dengan bantuan mana-mana pengapit atau pengapit-pengapit yang dinamakan dalam perintah itu;
(b)
orang-orang yang menjalankan apa-apa penyiasatan (dalam seksyen ini disebut sebagai mahkamah) hendaklah menjalankannya dalam mahkamah terbuka mengikut apa-apa cara dan di bawah apa-apa keadaan yang mereka fikirkan paling berkesan bagi menentukan sebab-sebab dan hal-hal keadaan kemalangan itu, dan bagi membolehkan mereka membuat laporan yang disebut dalam seksyen ini;
(c)
mahkamah itu hendaklah bagi maksud penyiasatan mempunyai semua kuasa Mahkamah Majistret apabila bertindak sebagai mahkamah semasa mendengar maklumat tentang kesalahan-kesalahan terhadap Akta ini, dan sebagai tambahan mempunyai kuasa-kuasa berikut, iaitu—
(i)
mereka boleh memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau bangunan di mana kemasukan atau pemeriksaannya didapati perlu oleh mereka bagi maksud tersebut;
(ii)
mereka boleh dengan saman yang ditandatangani oleh mereka menghendaki kehadiran semua orang yang mereka fikirkan patut untuk dipanggil supaya hadir di hadapan mereka dan diperiksa bagi maksud tersebut, dan boleh bagi maksud tersebut menghendaki supaya diberi kepada mereka jawapan atau penyata kepada siasatan itu sebagaimana mereka fikirkan patut dibuat;
(iii)
mereka boleh menghendaki supaya dikemukakan segala buku, kertas dan dokument yang mereka anggap mustahak bagi maksud tersebut;
(iv)
mereka boleh mengendalikan sumpah, dan menghendaki mana-mana orang yang diperiksa untuk membuat dan menandatangani suatu akuan tentang kebenaran pernyataan yang dibuat olehnya dalam pemeriksaannya;
(d)
orang-orang yang hadir sebagai saksi di hadapan mahkamah hendaklah dibenarkan apa-apa perbelanjaan yang sepatutnya dibenarkan kepada saksi-saksi yang hadir di hadapan Mahkamah Tinggi, dan sekiranya ada pertikaian tentang amaun yang akan dibenarkan, pertikaian itu hendaklah dirujuk oleh mahkamah kepada Pendaftar yang, atas permintaan dengan ditandatangani oleh anggota-anggota mahkamah itu, hendaklah menentukan dan memperakui amaun yang sesuai bagi perbelanjaan itu;
(e)
jika mana-mana orang tanpa alasan yang munasabah (di mana buktinya adalah terletak di atasnya) selepas dibayar perbelanjaan kepadanya, jika ada, yang dia berhak, gagal mematuhi apa-apa saman atau rekuisisi mahkamah yang menjalankan sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini, atau mencegah atau menghalang mahkamah daripada melaksanakan tugasnya, dia hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda sebanyak satu ratus ringgit,
HIDROGEN SIANID (PENGASAPAN)
atau, dalam hal kegagalan untuk mematuhi sesuatu rekuisisi bagi memberi apa-apa penyata atau mengemukakan apa-apa dokumen, denda sebanyak satu ratus ringgit, bagi tiap-tiap hari di mana kegagalan itu berlaku atau berterusan;
(f)
orang yang dilantik untuk menyiasat sesuatu kemalangan dan mahkamah yang menjalankan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kemalangan di bawah seksyen ini hendaklah membuat laporan kepada Menteri dengan menyatakan sebab-sebab kemalangan itu dan semua halkeadaan besertanya, dan mengandungi apa-apa pandangan ke atasnya atau ke atas keterangan atau ke atas apa-apa perkara yang berbangkit daripada siasatan atau penyiasatan yang dia atau mereka fikirkan patut dimasukkan ke dalam laporan itu, dan Menteri hendaklah menyebabkan tiap-tiap laporan yang dibuat kepadanya itu supaya diberitahu umum mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.