Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Sesuatu reka bentuk perindustrian yang baginya suatu permohonan bagi pendaftaran telah dibuat tidak boleh dianggap baharu jika, sebelum tarikh prioriti permohonan itu, ia atau suatu reka bentuk perindustrian yang berbeza daripadanya hanya daripada segi butir-butir tidak material atau daripada segi ciri-ciri yang biasa digunakan dalam perdagangan yang relevan—
(a)
telah dizahirkan kepada awam di mana-mana jua di
Malaysia; atau
(b)
merupakan hal perkara suatu permohonan lain untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian yang difailkan di Malaysia tetapi mempunyai suatu tarikh prioriti yang lebih awal yang dibuat oleh pemohon lain setakat yang hal perkara itu termasuk dalam pendaftaran yang telah diberikan berasaskan permohonan lain itu.
(3)
Bagi maksud perenggan 2(a), suatu reka bentuk perindustrian tidak boleh disifatkan sebagai telah dizahirkan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 552
kepada awam semata-mata dengan sebab bahawa, dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh pemfailan suatu permohonan bagi pendaftaran—
(a)
ía dipamerkan dalam pameran rasmi atau pameran yang diiktiraf; atau
(b)
ia telah dizahirkan oleh seseorang selain pemohon atau pendulunya dalam hakmilik akibat daripada suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh orang itu atau orang lain.
Reka bentuk perindustrian yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral