Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Permohonan untuk mendapatkan pendaftaran
(a)
hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Reka
Bentuk Perindustrian;
Reka Bentuk Perindustrian 17
(b)
hendaklah disertakan dengan representasi, mengikut bilangan yang ditetapkan, barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan;
(c)
hendaklah mengandungi pernyataan kebaharuan berkenaan dengan reka bentuk perindustrian yang berkaitan dengan permohonan; dan
(d)
hendaklah disertakan dengan bayaran fi pemfailan yang ditetapkan.
(2)
Jika tempat bermastautin biasa atau tempat utama perniagaan pemohon adalah di luar Malaysia, pemohon hendaklah melantik seorang ejen di Malaysia yang kepadanya notis atau proses berhubungan dengan permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian boleh disampaikan, dan jika pemohon gagal melantik seorang ejen, Pendaftar boleh enggan meneruskan permohonan itu sehingga ejen sedemikian dilantik.
Permohonan berbilang