Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

Seksyen 16

Tarikh pemfailan

Tarikh pemfailan sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian hendaklah tarikh terawal apabila semua syarat yang berikut yang berhubungan dengan permohonan itu dipenuhi:

(a)

dokumen yang tersebut dalam seksyen 14 mengenal pasti pemohon atau pemohon-pemohon;

(b)

bilangan representasi mengikut bilangan yang ditetapkan, barang yang padanya reka bentuk perindustrian itu digunakan difailkan di Pejabat

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian; dan

(c)

fi permohonan yang ditetapkan dibayar.

Tarikh prioriti dan hak prioriti di bawah triti atau konvensyen