Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Jika, hasil daripada penelitian itu, telah ditentukan bahawa permohonan itu tidak memenuhi kehendak formal, Pendaftar
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 552
hendaklah memberitahu pemohon dan memberinya suatu peluang untuk memberikan pandangan tentang keputusan itu dan untuk meminda permohonan dalam tempoh yang ditetapkan supaya kehendak itu dipenuhi.
(3)
Jika, dalam tempoh yang ditetapkan, pemohon gagal meyakinkan Pendaftar bahawa kehendak formal telah dipenuhi atau meminda permohonan supaya kehendak itu dipenuhi, Pendaftar boleh enggan mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu.
(4)
Pendaftar tidak boleh enggan di bawah subseksyen (3) untuk mendaftarkan sesuatu reka bentuk perindustrian sehingga pemohon sudah diberi peluang untuk didengar.
(5)
Dalam seksyen ini, “kehendak formal” ertinya kehendak Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan itu sebagai kehendak formal bagi maksud Akta ini.
Pendaftaran dan penyiaran