Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

Seksyen 23

(a)

untuk mendaftarkan, berkenaan dengan satu barang lain atau lebih, reka bentuk perindustrian berdaftar itu; atau

(b)

untuk mendaftarkan, berkenaan dengan barang yang sama atau satu barang lain atau lebih, suatu reka bentuk perindustrian yang terdiri daripada reka bentuk perindustrian berdaftar itu dengan ubahsuaian atau kelainan yang tidak mencukupi untuk mengubah ciri atau untuk secara substansial menyentuh identitinya, permohonan itu tidak boleh ditolak, dan pendaftaran yang dibuat berasaskan permohonan itu tidak boleh dibatalkan semata-mata disebabkan oleh pendaftaran yang terdahulu, atau apa-apa penzahiran atau penggunaan selepas tarikh prioriti berkenaan dengan permohonan bagi pendaftaran yang terdahulu, reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan berasaskan permohonan itu.

(2)

Tempoh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian yang didaftarkan mengikut seksyen ini tidak boleh dilanjutkan melebihi tempoh pendaftaran reka bentuk perindustrian berdaftar yang asal dan apa-apa tempoh lanjutan kepada tempoh itu.

Pembetulan Daftar