Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
Mahkamah boleh, atas permohonan mengikut cara yang
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 552
ditetapkan daripada mana-mana orang yang terkilan dengan atau berkepentingan dalam ketidakmasukan atau peninggalan daripada Daftar apa-apa catatan, atau dengan atau dalam apa-apa catatan yang dibuat dalam
Daftar tanpa sebab yang mencukupi, atau apa-apa catatan yang secara salah masih ada dalam Daftar, atau apa-apa kesilapan atau kecacatan apa-apa catatan dalam Daftar, membuat apa-apa perintah supaya dimasukkan, dibuat, dikeluarkan atau diubah apa-apa catatan sedemikian supaya dibetulkan apa-apa kesilapan atau kecacatan sedemikian yang didapatinya perlu;
(b)
Mahkamah boleh, dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini, memutuskan apa-apa soalan yang mungkin perlu atau suai manfaat untuk diputuskan berkaitan dengan pembetulan Daftar;
(c)
dalam hal fraud dalam pendaftaran, penyerahhakan atau pindahmilik sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar atau jika pada pendapatnya adalah untuk kepentingan awam dia berbuat demikian, Pendaftar sendiri boleh memohon kepada Mahkamah di bawah seksyen ini;
(d)
suatu perintah Mahkamah yang membetulkan Daftar hendaklah mengarahkan supaya notis tentang perintah itu disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan Pendaftar hendaklah apabila menerima notis itu membetulkan Daftar dengan sewajarnya.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah atas permohonan seseorang selain
Pendaftar sehingga notis tentang permohonan itu telah diberikan kepada Pendaftar yang berhak hadir dan didengar tentang permohonan itu.
(3)
Apa-apa permohonan bagi membetulkan Daftar, yang di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Mahkamah dan jika pemohon bukan Pendaftar sendiri, boleh, mengikut pilihan pemohon, dibuat pada mula-mulanya kepada Pendaftar kecuali jika sesuatu tindakan berkaitan dengan reka bentuk perindustrian yang berkenaan masih belum selesai.
Reka Bentuk Perindustrian 23
(4)
Pendaftar boleh pada mana-mana peringkat apa-apa permohonan untuk membetulkan Daftar yang dibuat kepadanya merujukkan mana-mana permohonan itu kepada Mahkamah, atau
Pendaftar boleh, setelah mendengar pemohon mana-mana permohonan sedemikian dan juga pemunya jika pemohon bukan pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar itu, memutuskan persoalan antara mereka.