Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(2)
Tertakluk kepada seksyen 30, seseorang melanggar hak yang diberikan oleh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian jika dia, tanpa lesen atau kebenaran pemunya reka bentuk perindustrian itu membuat mana-mana perkara yang berikut semasa pendaftaran itu masih berkuat kuasa:
(a)
menggunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu pada apa-apa barang yang berkenaan dengannya reka bentuk perindustrian itu didaftarkan;
(b)
mengimport ke dalam Malaysia untuk dijual, atau untuk digunakan bagi maksud apa-apa perdagangan atau perniagaan, apa-apa barang yang padanya, telah digunakan reka bentuk perindustrian itu atau apa-apa tiruan palsu atau nyata reka bentuk perindustrian itu di luar Malaysia tanpa lesen atau kebenaran pemunyanya;
atau
(c)
menjual, atau menawarkan atau menyimpan untuk dijual, atau menyewakan atau menawarkan atau menyimpan untuk disewakan, mana-mana barang yang diperihalkan dalam perenggan (a) dan (b).
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), hak pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar tidaklah meliputi perbuatan berkenaan dengan sesuatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar itu digunakan, oleh atau dengan kebenaran
Reka Bentuk Perindustrian 29
pemunya, selepas barang itu diimport atau dijual di Malaysia dengan sah.
Prosiding pelanggaran