Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

Seksyen 35

Remedi bagi pelanggaran

(2)

Jika pemunya sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar membuktikan bahawa perbuatan sedang dilakukan yang boleh menyebabkan suatu pelanggaran berlaku, Mahkamah boleh memberikan perintah injunksi untuk menghalang pelanggaran dan apa-apa remedi lain di sisi undang-undang.

(3)

Mahkamah boleh enggan mengawardkan ganti rugi, atau enggan membuat perintah pengemukaan akaun keuntungan, berkenaan dengan sesuatu pelanggaran, jika defendan memuaskan

Mahkamah—

(a)

bahawa, semasa pelanggaran itu, defendan tidak tahu bahawa reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan;

dan

(b)

bahawa defendan telah, sebelum itu, mengambil segala langkah yang munasabah untuk menentukan sama ada reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan.