Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

Seksyen 36

Mana-mana orang yang—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu dalam Daftar;

(b)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu dalam mana-mana salinan terperaku sesuatu dokumen atau penerbitan di Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Reka Bentuk Perindustrian 31

Perindustrian;

(c)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu dokumen palsu yang berupa sebagai suatu salinan catatan dalam Daftar;

(d)

mengemukakan atau memberikan atau menyebabkan dikemukakan atau diberikan sebagai keterangan mana-mana dokumen yang tersebut dalam perenggan (b)

atau (c) dengan mengetahui bahawa dokumen itu atau mana-mana catatan dalamnya adalah palsu; atau

(e)

membuat tuntutan secara palsu bahawa dia adalah pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar itu atau menyatakan bahawa dia bertindak sebagai, atau bagi pihak, pemunya reka bentuk perindustrian berdaftar itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pernyataan palsu tentang pendaftaran

Section 36 — INDUSTRIAL DESIGNS ACT 1996 | mylaw.my