Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

Seksyen 37

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang melupuskan untuk mendapat balasan berharga apa-apa barang yang telah dicap, diukir atau ditera padanya atau selainnya digunakan padanya perkataan “reka bentuk perindustrian berdaftar” atau apa-apa perkataan lain yang menyatakan atau menyiratkan bahawa barang itu adalah suatu barang yang padanya reka bentuk perindustrian berdaftar telah digunakan, hendaklah dikira sebagai menggambarkan bahawa barang itu adalah suatu barang yang dilindungi oleh suatu pendaftaran reka bentuk perindustrian.

(3)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika pernyataan dibuat berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian selepas

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

pendaftaran berkenaan dengan reka bentuk itu telah habis tempoh atau dibatalkan dan sebelum tamat suatu tempoh yang semunasabahnya cukup untuk membolehkan orang itu mengambil langkah untuk memastikan bahawa pernyataan itu tidak dibuat atau tidak terus dibuat.

(4)

Dalam prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini adalah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang jika dia membuktikan bahawa dia telah menggunakan usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(5)

Seksyen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan sesuatu hak untuk memohon pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian sebagaimana ia mempunyai kuat kuasa berhubungan dengan sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar, dan sebutan tentang reka bentuk perindustrian berdaftar hendaklah termasuk sebutan tentang hak untuk memohon pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian.

Penggunaan nama “Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk

Perindustrian”