Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
Mana-mana orang yang menggunakan di tempat perniagaannya atau pada apa-apa dokumen yang dikeluarkan olehnya atau selainnya perkataan “Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk
Perindustrian” atau apa-apa perkataan lain yang memberikan maksud bahawa tempat perniagaannya adalah atau secara rasminya adalah berkaitan dengan Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk
Perindustrian, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.