Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana yang berikut:
(a)
mengawal selia prosedur yang hendaklah diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan
Pendaftar atau
Pejabat
Pendaftaran
Reka
Bentuk
Perindustrian di bawah Akta ini termasuklah penyampaian dokumen;
(b)
mengelaskan barang bagi maksud pendaftaran reka bentuk perindustrian;
(c)
membuat atau menghendaki penduaan dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran reka bentuk perindustrian;
(d)
menetapkan fi yang hendaklah dibayar berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain atau berkaitan dengan pemberian apa-apa perkhidmatan oleh Pendaftar atau
Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian, dan menetapkan amaun fi itu dan membenarkan fi yang berbeza dalam keadaan tertentu untuk kes tertentu yang ditetapkan;
(e)
menetapkan borang dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini;
(f)
mengawal selia penyimpanan Daftar dan menetapkan
Reka Bentuk Perindustrian 37
bentuk dan kandungannya;
(g)
mengawal selia cara memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan Pendaftar di bawah Akta ini dan memberi Pendaftar kuasa untuk memaksa kehadiran saksi dan penzahiran dan pengemukaan dokumen;
(h)
membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dilakukan berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk
Perindustrian;
(i)
mengawal pengiktirafan ejen yang mewakili pemohon atau pihak lain di hadapan Pendaftar atau Pejabat Pendaftaran
Reka Bentuk Perindustrian, dan menetapkan kelayakan dan syarat lain yang hendaklah dipenuhi oleh ejen itu sebelum dibenarkan hadir di hadapan Pendaftar atau Pejabat
Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian, dan selainnya mengawal selia kelakuan mereka sebagai ejen sedemikian;
(j)
menetapkan had masa; dan
(k)
secara umum mengawal selia perkara yang berhubungan dengan urusan pendaftaran reka bentuk perindustrian yang dijalankan di
Pejabat
Pendaftaran
Reka
Bentuk
Perindustrian sama ada ditetapkan dengan khusus atau tidak di bawah Akta ini.
Negara Konvensyen