Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996

Seksyen 9

(2)

Pendaftar boleh membekalkan satu salinan atau cabutan—

(a)

mana-mana catatan atau dokumen dalam Daftar; atau

(b)

dokumen atau penerbitan di Pejabat Pendaftaran Reka

Bentuk Perindustrian, yang diperakui secara bertulis di bawah tandatangan dan meterainya sebagai salinan atau cabutan benar.

(3)

Salinan atau cabutan yang telah diperakui dan dimeteraikan sedemikian boleh diterima sebagai keterangan yang sama sahnya dengan salinan asal dalam semua mahkamah dan prosiding tanpa dibuktikan selanjutnya atau dikemukakan salinan asal.

(4)

Pendaftar boleh memperakui secara bertulis di bawah tandatangan dan meterainya—

(a)

bahawa sesuatu catatan, perkara atau benda yang dikehendaki supaya dibuat atau dilakukan atau tidak dibuat atau tidak dilakukan, di bawah Akta ini, sudah atau telah tidak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibuat atau dilakukan; atau

(b)

bahawa sesuatu buku, dokumen atau penerbitan di

Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian ada disediakan untuk pemeriksaan oleh orang ramai pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, dan perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu dalam mana-mana prosiding undang-undang.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 552