Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA TUAN RUMAH INAPAN 1952

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“barang-barang” ertinya sesuatu harta alih;

“pengurus” ertinya ejen atau pekhidmat tuan rumah inapan yang bertanggungjawab pada sesuatu waktu tertentu mengenai rumah inapan itu atau seseorang yang dilantik dengan sempurna oleh tuan rumah inapan itu untuk menerima barang-barang tetamunya untuk disimpan dengan selamat;

“rumah inapan” ertinya sesuatu hotel, rumah tumpangan atau tempat lain, yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 248

bertulis yang berkuat kuasa pada sesuatu waktu tertentu di

Semenanjung Malaysia, di mana seseorang berlindung atau menginap bagi apa jua jenis sewa atau ganjaran dan di mana apa jua perkhidmatan domestik diberi oleh pemunya, penerima pajak, tenan utama, penduduk atau pengurus kepada seseorang yang berlindung atau menginap itu;

“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967

[Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan.

“tuan rumah inapan” ertinya tuan sesuatu rumah inapan sedemikian dan termasuk sesuatu syarikat atau perbadanan.

Section 2 — INNKEEPERS ACT 1952 | mylaw.my