Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kuasa menjual barang yang dideposit dengan tuan rumah inapan
Seseorang tuan rumah inapan hendaklah, sebagai tambahan kepada lien biasanya, mempunyai hak mutlak untuk menjual melalui lelong awam apa-apa barang yang telah didepositkan dengannya atau ditinggalkan di rumah inapan yang diuruskan olehnya atau di mana-mana garaj, tempat letak kereta atau di premis lain yang bersangkutan dengannya di mana seseorang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu hendaklah atau menjadi terhutang kepada tuan rumah inapan tersebut bagi makanan atau penginapan:
(a)
tiada jualan sedemikian boleh dibuat sehingga selepas barang tersebut telah berada di bawah tanggungan atau jagaan sedemikian selama enam minggu atau berada di dalam atau pada premis itu tanpa hutang itu dibayar atau dijelaskan;
(b)
tuan rumah inapan, setelah daripada hasil jualan sedemikian membayar pada dirinya amaun sesuatu hutang itu, bersama dengan kos dan belanja sesuatu jualan sedemikian, hendaklah apabila dituntut membayar lebihan
Tuan Rumah Inapan 7
(jika ada) yang berbaki selepas jualan sedemikian kepada orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu;
(c)
hutang yang mana untuk pembayarannya suatu jualan diadakan tidak boleh terdiri daripada sesuatu hutang lain atau hutang yang lebih besar daripada hutang bagi mana barang itu boleh disimpan oleh tuan rumah inapan di bawah liennya;
(d)
sekurang-kurangnya satu bulan sebelum sesuatu jualan sedemikian tuan rumah inapan itu hendaklah mengarahkan supaya dimasukkan di dalam surat khabar yang diedarkan di Malaysia suatu iklan yang mengandungi notis mengenai jualan yang dicadangkan itu, dan memberi secara ringkas perihal barang yang dicadangkan akan dijual, bersama dengan nama pemunya atau orang yang mendeposit atau meninggalkan barang itu jika diketahui.
Pembatasan liabiliti tuan rumah inapan