Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Pembentukan Semula dan
Pembangunan yang ditubuhkan menurut Perkara-Perkara Perjanjian yang dibuat dalam Persidangan Kewangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Bretton Woods di New Hampshire, Amerika
Syarikat pada Julai 1944;
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 431
“mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya apa-apa mata wang yang disifatkan boleh tukar secara bebas mengikut perenggan 2(f)
Perkara II Perjanjian;
“Perjanjian”
ertinya
Perkara-Perkara
Perjanjian
Persatuan sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah-Pengarah Eksekutif
Bank pada 26 Januari 1960;
“Persatuan” ertinya Persatuan Pembangunan Antarabangsa yang ditubuhkan melalui Perjanjian.