Malaysia legislation

Section 11

of AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953

Seksyen 11

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, jika didapati olehnya bahawa ia akan memberikan faedah kepada kerja pengairan dalam jagaannya untuk berbuat demikian, menimbus, membina, melebarkan atau menyalirkan apa-apa terusan, alur air, parit, longkang, kolam atau paya sama ada di dalam atau di luar suatu kawasan pengairan:

Dengan syarat bahawa dia hendaklah membayar kepada pemunya atau penghuni itu, jika ada, pampasan yang munasabah bagi apa-apa kerosakan, kerugian atau kesusahan yang timbul daripadanya; dan jika pihak-pihak itu tidak bersetuju tentang amaun yang kena dibayar sedemikian persoalan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan yang keputusan mengenainya adalah muktamad.