Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Pengalihan pokok atau sampah
(b)
Notis itu hendaklah menghendaki pemunya atau penghuni untuk mengambil tindakan yang perlu dalam suatu masa tertentu yang ditetapkan, yang tidak boleh kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu, dan jika keingkaran berlaku dalam mematuhi notis itu pegawai yang bertindak di bawah subseksyen ini boleh menyebabkan tindakan itu diambil sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu dan boleh mendapatkan balik kos untuk berbuat demikian daripada pemunya atau penghuni tersebut dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.
Kawasan Pengairan 13
(2)
(a)
Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga suatu kawasan pengairan boleh, melalui notis secara bertulis, melarang pemunya atau penghuni mana-mana tanah di dalam kawasan itu daripada menanam apa-apa pokok atau tumbuh-tumbuhan di atas tebing atau sisi apa-apa kerja pengairan atas mana-mana tanah itu atau daripada melonggok ke atas mana-mana tanah yang bersempadanan dengan apa-apa kerja pengairan apa-apa sampah yang berkemungkinan akan merosakkan kerja itu atau melindungi tikus atau binatang perosak lain.
(b)
Jika berlaku keingkaran dalam mematuhi notis itu pegawai yang bertindak di bawah subseksyen ini boleh menyebabkan tindakan diambil untuk membersihkan mana-mana pokok atau tumbuh-tumbuhan daripada tebing atau sisinya atau apa-apa sampah itu dan boleh mendapatkan balik kos untuk berbuat demikian daripada pemunya atau penghuni tersebut dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa.
(3)
Dalam hal yang pegawai yang bertindak di bawah seksyen ini menghendaki pembinasaan, atau pemusnahan, pokok atau tumbuh-tumbuhan berharga dia hendaklah, jika tiada notis terdahulu telah dikeluarkan di bawah seksyen ini berkenaan dengan tanah yang di atasnya pokok atau tumbuh-tumbuhan itu sedang tumbuh, membayar kepada pemunya atau penghuni itu pampasan yang munasabah untuk perkara yang sama; dan jika pihak-pihak tidak bersetuju tentang amaun yang kena dibayar sedemikian persoalan itu hendaklah dirujukkan kepada pihak berkuasa berkenaan yang keputusan mengenainya adalah muktamad.
Kuasa untuk menahan air