Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Jika pemunya atau penghuni mana-mana tanah yang diairi oleh mana-mana kerja pengairan—
(a)
membiarkan atau membenarkan air yang diperoleh daripada kerja itu atau daripada mana-mana alur air atau saluran yang bersambung dengannya terbuang di atas tanahnya; atau
(b)
memperoleh air bagi tanah itu daripada kerja itu, alur air atau saluran mengikut cara yang tidak dibenarkan oleh
Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kerja itu, dia hendaklah, sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman lain, penalti atau liabiliti yang dia boleh dipertanggungkan atau dikenakan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 386
A di bawah Akta ini, bertanggungan untuk membayar dua kali ganda kadar air yang pada masa itu ditaksirkan di bawah seksyen 6 bagi tiap-tiap tahun atau bahagian mana-mana tahun yang air itu telah dibiarkan atau dibenarkan terbuang olehnya atau yang air itu telah diperolehnya mengikut cara yang tidak dibenarkan, dan kadar air dua kali ganda itu hendaklah didapatkan balik mengikut cara yang diperuntukkan oleh seksyen 8.
Peruntukan wajib bagi batas