Malaysia legislation

Section 20

of AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953

Seksyen 20

Pembinaan laluan air yang tidak dibenarkan

Mana-mana orang yang membina apa-apa terusan, alur air, parit, longkang atau kolam, atau mendalamkan atau membesarkan mana-mana terusan, alur air, parit, longkang atau kolam yang sedia ada di dalam mana-mana kawasan pengairan tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan mengenainya secara bertulis daripada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan itu, hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau kedua-duanya.