Malaysia legislation

Section 22

of AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953

Seksyen 22

Penggunaan kenderaan dan bot tanpa kebenaran

Mana-mana orang yang memandu, menarik atau menolak atau menyebabkan apa-apa kenderaan dipandu, ditarik atau ditolak sepanjang tebing atau sisi atau menggunakan atau menyebabkan

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

A untuk digunakan mana-mana bot, vesel, rakit atau pelampung atau menyebabkan terapung apa-apa kayu atau bahan lain di atas mana-mana terusan pengairan atau alur air tanpa mendapatkan terlebih dahulu persetujuan secara bertulis mengenainya daripada

Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kerja itu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi lima puluh ringgit atau kedua-duanya.