Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Pencemaran air
Mana-mana orang yang mandi atau membasuh barang-barang di dalam atau selainnya mencemarkan atau menyebabkan menjadi tercemar apa-apa tangki pengairan, saluran atau alur air boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa pihak berkuasa berkenaan boleh, melalui perintah yang diberitahu dalam Warta, mengisytiharkan bahawa seksyen ini tidak terpakai di dalam mana-mana kawasan pengairan yang dinyatakan dalam perintah itu.