Malaysia legislation

Section 25

of AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953

Seksyen 25

Mana-mana penghulu atau penggawa, mana-mana pegawai polis, atau mana-mana pegawai Jabatan Penyaliran dan Pengairan yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15, 16, 19, 20, 21, 22, 23 atau 24, dan hendaklah serta-merta membawa orang itu ke hadapan Jurutera Pengairan dan

Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu yang boleh mengkompaun kesalahan itu di bawah seksyen 26 atau boleh memerintahkan orang yang ditangkap itu dikemukakan dengan segera di hadapan seorang Majistret.

Section 25 — IRRIGATION AREAS ACT 1953 | mylaw.my