Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pihak berkuasa berkenaan” ertinya Raja dalam Majlis atau
Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis sesuatu Negeri;
“pengairan” ertinya amalan yang menyebabkan air mengalir di atas, atau melimpah, atau di bawah, permukaan tanah atau yang menahan air di atas atau di bawah permukaan tanah bagi maksud pertanian dan termasuklah saliran bagi pengalihan air yang memudaratkan kepada pertanian;
*CATATAN—Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia”—lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A
“kawasan pengairan” ertinya mana-mana kawasan yang boleh dari semasa ke semasa diisytiharkan sedemikian oleh pihak berkuasa berkenaan di bawah Akta ini;
“air pengairan” ertinya air yang diletakkan di atas atau ditahan di atas tanah dengan cara kerja pengairan dan termasuklah air yang sampai ke tanah itu sebagai hujan;
“kerja pengairan” termasuklah pembinaan dan penyenggaraan pangkal kerja, terusan utama, terusan subsidiari, saluran pengagihan, saluran penyaliran, tebing, benteng, batas, pintu air, pembetung, sluis, parit dan kerja lain yang seumpamanya;
“Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];
“penghuni” termasuklah seorang penerima pajak atau penyewa dan penanam atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah;
“pemunya” ertinya tuan punya berdaftar bagi mana-mana tanah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia dan pemunya di sisi undang-undang atau pemegang melalui pemegangan ikut adat bagi mana-mana tanah di Negeri Melaka dan Pulau Pinang.