Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Penanaman padi
(2)
Apa-apa persetujuan yang diberikan di bawah subseksyen (1)
dan takat dan butir-butir tanah yang terlibat dengan persetujuan itu hendaklah direkodkan dalam suatu daftar, yang dinamakan
“Daftar Tambak”, yang hendaklah disimpan oleh Pentadbir Tanah, yang hendaklah mengeluarkan kepada pemunya atau penghuni tanah itu suatu salinan catatan dalam Daftar Tambak.
(3)
Suatu persetujuan yang diberikan di bawah subseksyen (1)
boleh diubah dari semasa ke semasa, dan sesudah itu apa-apa memorial hendaklah dibuat pada Daftar Tambak sebagaimana yang perlu untuk menunjukkan perubahan itu, atau suatu catatan baharu boleh dibuat dalamnya. Dalam mana-mana hal pemunya atau penghuni itu hendaklah menyerahkan balik salinan yang disebut dalam subseksyen (2) bagi pengubahan atau pembatalan mengikut mana-mana yang berkenaan.
CATATAN—Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145] berkenaan dengan
Negeri Melaka telah dimansuhkan oleh Enakmen Melaka No. 3 tahun 1968.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 386 A
(4)
Dalam hal mana-mana tanah di dalam suatu kawasan pengairan di mana pemunya atau penghuni tanah itu telah menggunakannya bagi apa-apa maksud selain penanaman padi, tanpa mendapatkan persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh enggan untuk memberikan persetujuan itu dan boleh menyampaikan suatu notis kepada pemunya atau penghuni itu yang mengarahkannya untuk menimbus apa-apa parit atau mengalihkan apa-apa benteng atau tambak atau bangunan atau binaan yang menghalang air daripada mengalir masuk atau terus berada di atas tanah, dan tiap-tiap pemunya atau penghuni itu hendaklah mematuhi notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu.
(5)
Jika pemunya atau penghuni itu tidak mematuhi notis itu dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan mahkamah boleh mengarahkan supaya kesemua atau mana-mana bahagian daripada denda itu, jika dibayar, hendaklah diserahkan kepada pegawai diberi kuasa yang hendaklah menggunakannya bagi menjalankan kerja itu, jika ada, yang dinyatakan dalam notis itu.
(6)
Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa persetujuan, keengganan, perintah atau notis di bawah seksyen ini boleh merayu kepada pihak berkuasa berkenaan atau kepada mana-mana Lembaga atau Jawatankuasa yang kepadanya pihak berkuasa berkenaan boleh mewakilkan kuasanya secara bertulis dan keputusan pihak berkuasa berkenaan, atau Lembaga atau Jawatankuasa itu dalam rayuan itu adalah muktamad.
(7)
Tiada prosiding di bawah seksyen 3 dan 7
Ordinan
Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat, boleh dimulakan terhadap pemunya atau penghuni mana-mana tanah kerana tidak menanam padi di mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam Daftar Tambak yang dikecualikan daripada penanaman itu.
CATATAN—Ordinan Penanaman Padi Negeri-Negeri Selat [N.S. Bab 145] telah dimansuhkan oleh
Enakmen Melaka No. 3 tahun 1968.
Kawasan Pengairan 9
(8)
Seksyen ini terpakai hanya bagi mana-mana kawasan tanah di dalam kawasan pengairan sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa berkenaan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pengelasan tanah di dalam kawasan pengairan