Malaysia legislation

Section 7

of AKTA KAWASAN PENGAIRAN 1953

Seksyen 7

Pengenaan kadar air

Suatu kadar air yang dikenakan di bawah seksyen 6 hendaklah kena dibayar seperti yang berikut—

(a)

dalam hal tanah yang digunakan bagi penanaman padi—

(i)

tiada kadar air kena dibayar berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga air pengairan telah tersedia di atas tanah itu atau suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkan suatu tanaman atau padi ditanam dan dituai; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 386

(ii)

pada hari pertama Januari, sebaik selepas tarikh apabila tanaman itu pertama kali telah, atau mungkin pertama kali telah, dituai hendaklah kena dibayar kepada Pentadbir Tanah setengah daripada kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu, dan pada tiap-tiap hari pertama Januari, selepas itu hendaklah kena dibayar amaun penuh daripada kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu.

(b)

dalam hal tanah yang digunakan bagi apa-apa perusahaan, penanaman, atau maksud lain, kadar air yang dikenakan ke atas tanah itu hendaklah menjadi kena dibayar pada hari pertama Januari, sebaik selepas tarikh yang suatu bekalan air telah tersedia di atas tanah itu mencukupi bagi penjalanan perusahaan, penanaman, atau maksud lain itu, dan selepas itu pada hari pertama Januari, bagi setiap tahun berikutnya:

Dengan syarat bahawa, jika bekalan air sepenuhnya yang perlu bagi maksud yang tanah itu digunakan tidak tersedia atau bagi apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan, mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud ini oleh pihak berkuasa berkenaan boleh mengurangkan amaun yang kena dibayar sedemikian kepada apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan adil dan hendaklah memberitahu Pentadbir Tanah dengan sewajarnya.

Pemungutan kadar air