Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pengurusan kawasan pengairan
(2)
Jurutera atau pegawai itu hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan pada tiap-tiap tahun, dan pada bila-bila masa lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan, ke atas kerja di kawasan dalam jagaannya, dan hendaklah, mengikut cara yang sama mengemukakan suatu kunci kira-kira tahunan yang menunjukkan penerimaan bagi akaun kadar air, dan perbelanjaan bagi pembinaan, pengurusan, pengawasan dan penyenggaraan kerja dalam jagaannya.
(3)
Bagi maksud kunci kira-kira itu Pentadbir Tanah hendaklah mengemukakan kepada Jurutera Pengairan dan Saliran atau pegawai lain yang menjaga kawasan pengairan itu suatu penyata bulanan amaun kadar air yang dikutip olehnya.
Pewakilan kuasa dan kewajipan