Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR 2007

Seksyen 14

(2)

Pihak Berkuasa boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(5)

Pihak Berkuasa boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa.

(7)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(8)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.

(9)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 21

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa secepat yang dapat dilaksanakan.

(12)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah, jika telah ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang­

undang tanpa bukti selanjutnya.

(13)

Tiap-tiap mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang berkenaan dengan perjalanannya minit telah dibuat mengikut subseksyen (11)

dan (12) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

(14)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya, bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(15)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(16)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, sesuatu jawatankuasa;

atau

(b)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 664

Wilayah Pembangunan Iskandar