Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—
(a)
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal hari ke hari Pihak Berkuasa;
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 664
(b)
penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan
Pihak Berkuasa;
(c)
pelaksanaan semua program, skim dan projek Pihak
Berkuasa; dan
(d)
pelaksanaan keputusan Pihak Berkuasa dan arahan Pengerusi
Bersama.
(3)
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
(4)
Ketua Eksekutif hendaklah menjadi Setiausaha kepada
Pihak Berkuasa.
(5)
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa.
(6)
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Pihak Berkuasa.
(7)
Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Pihak
Berkuasa boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk melaksanakan kewajipan Ketua Eksekutif semasa ketidakhadiran atau ketidakupayaan buat sementara itu.
Pengambilan khidmat pegawai dan pekhidmat lain Pihak
Berkuasa