/akn/my-07/state_gazette/unknown/pggn004y2003/no-55

JADUAL II

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
1

Quick answer

About this state subsidiary legislation

JADUAL II is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 55, currently marked in force.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL II

(Peraturan 6)

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN/PERINTAH PESURUHJAYA

Negeri Pulau Pinang, Daerah Timur Laut

Kepada: Sesiapa jua yang berkenaan.

No. Siasatan: 5/2002

Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap pegangan No. 127 dan 128 Bn. Bukit Bendera,

Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Pendapat:

Saya berpendapat seperti berikut—

(i)

Tiada kaitan dan rekod bagaimana Mohd. Nordin memperolehi syer yang dipindahkan kepada anak-anaknya melalui “Deed of Settlement” No.

11581 of 1866 dan 1912 of 1870. Dengan adanya syer-syer tersebut, membuatkan syer bagi lot ini berlebihan;

(ii)

Setelah siasatan dibuat didapati bahawa tuan-tuan tanah yang ada sekarang telah memerintah tanah ini sejak pembeliannya pada tahun-tahun 1976 dan

1980. Mereka ini telah membeli dari waris-waris tuan tanah asal iaitu:

Khaw Joo Chic yang mendapat tanah ini dari tahun 1923. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1927 waris-warisnya menjual kepada tuan-tuan tanah yang ada sekarang;

(iii)

Segala hasil tanah dibayar kepada Kerajaan;

(iv)

Tiada siapa mengganggu pemerintahan tuan-tuan tanah yang ada sekarang;

(v)

Oleh kerana pemerintahan tuan-tuan tanah sekarangnya adalah dari tuan tanah asal iaitu Khaw Joo Chic yang mendapat tanah ini sejak tahun 1923, maka saya berpuashati untuk mengesahkan tuan tanah yang ada sekarang.

2.

Oleh yang demikian, saya memberi keputusan seperti berikut—

(i)

Batalkan hakmilik tak terang;

(ii)

Sahkan nama-nama berikut sebagai tuan-tuan tanah:

(a)

Goh Eng Toon—2/6 PMT 10114/76 Jilid 205 Folio 20 bertarikh 3-11-76.

48

[13 Feb. 2003

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

(b)

Ocean View Plantations Sdn. Bhd.—1/6 PMT 2739/80 Jilid 204

Folio 131 bertarikh 7-3-80.

(c)

Ocean View Plantations Sdn. Bhd.—1/3 PMT 2740/80 Jilid 304

Folio 132 bertarikh 7-3-80.

(d)

Ocean View Plantations Sdn. Bhd.—1/6 PMT 3208/80 Jilid 305

Folio 126 bertarikh 17-3-80.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 16 Januari 2003.

[PHMT/A3/C/DTL/4563.]

WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,

Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,

Pulau Pinang

AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960

(Akta 486)

JADUAL II (No. 55) | mylaw.my