Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PROSIDING KEHAKIMAN (PENGAWALSELIAAN LAPORAN) 1962

Seksyen 6

Kecualian

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh terpakai bagi pencetakan apa-apa pliding, transkrip keterangan atau dokumen lain bagi penggunaan berkaitan dengan mana-mana prosiding kehakiman atau penyampaiannya kepada orang yang berkaitan dengan prosiding itu, atau bagi pencetakan atau penyiaran apa-apa notis atau laporan menurut arahan mahkamah; atau bagi pencetakan atau penyiaran apa-apa perkara dalam mana-mana jilid berasingan atau bahagian mana-mana siri bona fide laporan undang-undang yang tidak menjadi sebahagian mana-mana penerbitan lain dan hanya mengandungi laporan prosiding di mahkamah undang-undang, atau dalam mana-mana penerbitan bercorak teknikal yang diniatkan bona fide untuk diedarkan di kalangan anggota profesion undang-undang atau perubatan.

Akta 114

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

P.U. 358/1965 Perintah Pengubahsuaian Undang- 30-09-1965 undang (Prosiding Kehakiman) (Pengawalseliaan Laporan) (Peluasan ke Negeri-Negeri Borneo) 1965

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975 (Ringgit) 1975

Akta 164 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 01-03-1982

Akta 114

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

SeksyenKuasa memindaBerkuat kuasa dari2Akta 16401-03-19824Akta 16029-08-1975

Section 6 — JUDICIAL PROCEEDINGS (REGULATION OF REPORTS) ACT 1962